Thursday, February 10, 2011

::Looklet::

Berminat nak jadi fashion stylist tapi tak tahu kat mana nak mengasah bakat? Haa, ni jawapannya, Looklet.com. Di Looklet.com ni, korang diberi sepenuh kebebasan untuk menata pelbagai gaya, mix & match bermacam style dan join contest yang hadiahnya memang gempak! Bermula dengan pilih model, pilih background, pastu pilih pakaian dan aksesori, semuanya atas kreativiti masing-masing. Senang cerita Looklet ni seolah-olah macam kita main barbie dulu-dulu la. Ikut suka kita je nak pakaikan dia baju apa. Tapi barbie tu patung, dalam Looklet ni real models tau. Korang boleh tukar-tukar pakaian, tukar-tukar aksesori  dan siap boleh tukar mimik muka model lagi ikut citarasa korang.Hihi.

Tengok tu, ada macam2 jenis pakaian, aksesori yg boleh kita mix & match. Kat sidebar tu pulak ada senarai kategori. Boleh kalau nak view semua dan boleh jugak kalau nak spesifik kan. Contohnya, nak cari jacket. Klik je kat jacket n semua jenis jacket yg ada dalam koleksi Looklet akan keluar. Selain tu, boleh jugak nak cari ikut designer. DKNY ada, Marc Jacobs ada, hampir semua international brand ada la. =D




Haa, ni contoh yg Dzarif buat. Ala2 jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri gitu. Hihi. Kat hujung atas tu sebenarnya ada senarai pakaian, kasut n aksesori apa yg kita guna siap dengan jenama dia sekali. Tajuk atau tema style yg kita reka tu pun boleh letak sekali. Tapi semua ni optional je. Kalau tak letak pun tak pe.


Hehe, yg ni satu lagi. Amacam, ok tak? ;-)

Sangat best, okay Looklet ni! Tambah-tambah kalau layan time boring tak tau nak watpe. Selain game kat fb, kat Looklet ni la selalunya Dzarif abiskan masa lapang. Hehe. Kat Looklet ni pun kita boleh kumpul followers dan add kawan-kawan. Followers & friends ni la yg akan like style  yg korang buat. Kalau korang hantar gambar untuk sesuatu contest, makin ramai yg like gambar tu, makin cerah la peluang korang utk menang. So apa tunggu lagi, jom cepat-cepat register secara percuma di sini.  (^_^)   

2 comments:

Nak komen? Nak tanya? Boleh aja.. :-)